Beliau berasal dari keluarga yang
sederhana, namun berjiwa besar. Sewaktu melanjutkan pengajian
diperingkat tinggi di Constantine, beliau sempat bertemu dengan Syeikh
Abdul Majid dan Profesor Martin. Tokoh inilah yang banyak memengaruhi
pemikirannya.
Setelah selesai pengajian, beliau pernah
beberapa kali berkunjung ke Perancis.Kemudian beliau kawin dengan
wanita Prancis yang telah memeluk Islam. Semasa belajar, beliau terlibat
dalam berbagai Gerakan Pembaharuan. Di sinilah beliau banyak mengadakan
pertemuan dengan tokoh-tokoh Islam dan mengikuti perkembangannya baik
dalam atau luar Algeria seperti di Mesir, Hijaz, dan Maghribi.
Malik juga pernah menjabat sebagai
Pegawai Pendaftar Mahkamah di Huran. Dalam tempo itu beliau
berkesempatan bertemu dengan masyarakat untuk mengetahui masalah mereka
yang berada di bawah penjajahan Prancis. Setelah Algeria merdeka pada
tahun 1963, beliau menyandang jabatan Pengarah di Kementerian Pendidikan
hingga tahun 1967.
Berdasarkan sejarah awalnya, Malik
tidak berkeinginan untuk menjadi seorang ahli falsafah, namun
perkembangan dan keadaan zaman mengubah segalanya. Keadaan ketika itu
telah memberi kesan mendalam dalam diri dan keperibadian beliau.
Pengalaman itu memberi inspirasi kepadanya dalam memperjuangkan Islam
dan meninggikan umat dan bangsa.
Sebenarnya, perjalanan hidup beliau pada
zaman penjajahan Prancis menyadarkannya tentang kemunduran masyarakat
Islam. Lebih lagi mereka mengubah identitas dan nilai-nilai kebudayaan
Islam dalam diri masyarakat Islam. Keadaan ini menyebabkan beliau mau
membebaskan pemikiran penjajah dalam jiwa rakyatnya.
Malik mempunyai minat yang mendalam
dalam mempelajari dan membaca karya yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh
terkenal. Oleh sebab itu, karya-karya tokoh Islam seperti Syeikh
Al-Maulud bin Al-Mauhub, Ibnu Hasib dari Algeria, dan pemimpin Mesir
seperti Muhammad Abduh secara tidak langsung telah memengaruhi pemikiran
beliau.
Selain itu, buku Risalah Tauhid karya
Muhammad Abduh dan Keruntuhan Akhlak dalam Politik Barat oleh Rashid
Redha, telah menyadarkan Malik tentang masalah umat Islam. Masalah
keruntuhan akhlak dan kemiskinan intelektual yang semakin ketara perlu
diselamatkan.
Beliau banyak meninggalkan koleksi
karya, buku, dan buku ilmiyah yang dapat menyumbang ilmu pengetahuan dan
dimanfaatkan oleh dunia Islam masa sekarang.
Karya beliau yang ditulis dalam Bahasa
Arab telah diterjemahkan, antaranya ialah: The Problem of Culture, The
Ideological Struggle In Colonised Countries, The New Social
Editification, The Idea of an Islamic Commonwealth.
Hasil tulisannya dalam Bahasa Prancis
juga ada yaitu ialah: The Qur'anic Phenomenon, Vocation De Li Islam,
Reflections, Memoirs Malik, The Work of Orientalistes, Islam et
Democratic, Islam In History and Society.
Malik telah dianugerahi oleh Allah swt
keistimewaan, yaitu pemikiran yang sangat tajam dan mendalam dari segi
penghayatannya. Pandangannya tentang Islam sentiasa mendapat tumpuan
cendekiawan-cendekiawan Islam di Timur Tengah dan Eropa karena sering
menyentuh sesuatu isu secara global.
Menurut beliau, masyarakat Islam bisa
membangun peradaban Islam dengan kembali kepada fitrah diri mereka
sendiri. Mereka perlu menghayati Islam dan membina akidah yang
mantap. Kemudian mengangkat diri mereka ketahap peradaban yang terkini
dengan menyempurnakan diri dengan pengetahuan teknologi.
Malik dianggap sebagai pemikir dan
sarjana yang paling menonjol di Algeria selepas Perang Dunia Kedua.
Sebagai seorang ahli falsafah, ketokohan beliau sebanding dengan Iqbal.
Nama beliau awal dikenal oleh orang banyak karena kebanyakan karyanya
berkisar mengenai masyarakat Islam. Pemikirannya banyak menyentuh
tentang penderitaan dan gejala sosial yang dialami masyarakat Islam.
Cetusan pemikiran beliau tidak hanya
dijadikan kajian oleh sarjana-sarjana Islam, bahkan mulai dipraktikkan
oleh negara-negara Islam masa kini. Peranan dan jasa beliau sangat
berharga kepada dunia Islam.Tujuan beliau adalah memperjuangkan bangsa
mereka dari belenggu penjajahan. Beliau meninggal dunia pada 31 Oktober
1973.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar