Senin, 14 Januari 2013

Al-Biruni

Pada zaman awal kedatangan Islam, masyarakat Islam tidak begitu tertarik kepada ilmu falsafah. Walau bagaimanapun menjelang abad ke-3, para sarjana Islam mulai memberikan perhatian kepada persoalan dan pemikiran yang berkaitan dengan falsafah.
Falsafah yang dipelopori oleh para ilmuwan Islam, berlandaskan ajaran Islam dan kalimah syahadah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan dan ketakwaan umat Islam. Berbeda dengan falsafah Yunani yang lebih tertumpu kepada pencarian kebenaran berlandaskan pemikiran dan logika semata sehingga menimbulkan kekeliruan
Aliran falsafah pada zaman Islam tidak sekadar membataskan perbicaraan kepada persoalan yang berkaitan dengan metafisika dan kejadian alam. Tetapi juga meliputi persoalan yang berkaitan dengan nilai-nilai akhlak, masyarakat, dan kemanusiaan. Walaupun ahli falsafah pernah dicap oleh Imam Al-Ghazali sebagai golongan yang sesat lagi menyesatkan, tetapi perkembangan ilmu falsafah itu telah berhasil membantu menyelesaikan berbagai persoalan keagamaan, ekonomi, politik, sosial, budaya, dan bidang-bidang lain.
Umat Islam digalakkan mencari dan menimba ilmu sampai ke negara China. Dorongan yang diberikan oleh Islam itu telah memberikan semacam motivasi kepada para sarjana Islam untuk terus menggali dan mempelajari berbagai ilmu pengetahuan.
Salah seorang ilmuwan tersebut ialah Al Biruni atau nama lengkapnya Abu Al-Raihan Muhammad ibnu Ahmad Al-Biruni. Beliau dilahirkan pada tahun 362 H/973 M di Birun, ibu kota  negara Khawarizm atau lebih dikenal sebagai Turkistan. Gurunya yang pertama ialah Abu Nasir Mansur ibnu Alt ibnu Iraqin yang juga merupakan seorang pakar ilmu matematika dan alam.
Minat dan kecenderungannya untuk mempelajari serta meluaskan dimensi ilmu pengetahuannya telah mendorong Al-Biruni merantau hingga ke negara India. Tetapi semasa berada di India, Al-Biruni telah ditawan oleh Sultan Mahmud Al-Ghaznawi. Setelah Sultan Mahmud Al-Ghaznawi menyadari keilmuwannya maka beliau ditugaskan di istana sebagai salah seorang ulama. Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh Al-Biruni untuk mempelajari bahasa Sangsekerta dan bahasa lain di India.
Di sana beliau mengambil kesempatan untuk mengenali agama Hindu dan falsafah India. Hasilnya beliau telah menulis beberapa buah buku yang mempunyai hubungan dengan masyarakat India dan kebudayaan Hindu.
Tembok penjara tidak menjadi penghalang kepada Al-Biruni untuk terus menuntut dan menghasilkan karya-karya besar dalam berbagai bidang. Sumbangannya kepada ilmu dan peradaban India sangat besar. Sumbangannya yang paling penting ialah dalam penciptaan kaedah penggunaan angka-angka India dan kajiannya mencari ukuran bumi menggunakan perkiraan matematika. Beliau juga telah menghasilkan satu peta yang berisi kedudukan ibu kota-ibu kota negara di dunia.
Sewaktu berada dalam tawanan itu, Al-Biruni juga menggunakan seluruh ruang dan peluang yang ada untuk menjalin hubungan antara para ilmuwan sekolah tinggi Baghdad dan para sarjana Islam India yang tinggal dalam istana Mahmud al Ghaznawi.
Selepas dibebaskan, beliau telah menulis sebuah buku yang berjudul Kitab Tahdid Al-Nihayat Al- Amakin Litashih Al-Masafat Al-Masakin. Di samping itu, beliau turut mendirikan sebuah pusat kajian astronomi mengenai sistem solar yang telah membantu perkembangan pengajian ilmu falak pada tahun-tahun yang mendatang. Kajiannya dalam bidang sains, matematika, dan geometrika telah menyelesaikan banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan sebelum ini.
Penguasaannya terhadap berbagai ilmu pengetahuan dan bidang telah menyebabkan beliau digelar sebagai Ustaz fil Ulum atau guru segala ilmu. Tulisannya tentang sejarah Islam telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris dengan judul Chronology of Ancient Nation. Banyak lagi buku tulisan Al-Biruni diterbitkan di Eropa dan tersimpan dengan baik di Museum Escorial, Sepanyol. Dalam sepanjang hidupnya.
Al-Biruni telah menghasilkan lebih 150 buah buku. Antara buku itu ialah Al-Jamahir fi Al-Jawahir yakni mengenai batu-batu permata; Al-Athar Al-Baqiah berkaitan dengan peninggalan sejarah dan Al-Saidalah fi Al-Tibb, tentang obat-obatan. Karya ini adalah karyanya yang terakhir sebelum meninggal dunia pada 1048M.
Al-Biruni bukan saja dapat menguasai bahasa Sangsekerta dengan baik tetapi juga bahasa-bahasa Ibrani dan Syria. Beliau yang memiliki ilmu pengetahuan yang luas tentang falsafah Yunani menjadikannya seorang sarjana agung yang pernah dilahirkan oleh dunia Islam. Al-Biruni berhasil membuktikan bahwa gandengan falsafah dan ilmu pengetahuan telah menjadikan agama terus hidup subur dan berkembang serta membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh umat.
Pemikiran falsafahnya tidak semata-mata bersandarkan kepada imajinasi dan permainan logika tetapi berdasarkan kepada kajian yang dilakukannya secara empirikal. Kepakarannya dalam ilmu Islam tidak tidak dapat di ragukan lagi kerana dalam umur yang masih muda beliau telah menghasilkan sebuah karya besar yang berjudul Kitabul Asar Al-Baqiya Anil Quran Al-Khaliya.
Al-Biruni telah membuktikan bahwa golongan ahli falsafah bukan merupakan golongan yang sesat. Sebaliknya mereka merupakan golongan ilmuwan yang perlu diberi penghargaan. Peranan dan kedudukan mereka sangat besar dalam peradaban manusia.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar