Senin, 14 Januari 2013

Ibnu Haitham

Islam sering kali diberikan gambaran sebagai agama yang  mundur lagi memundurkan. Islam juga dikatakan tidak menggalakkan umatnya menuntut dan menguasai berbagai  ilmu. Kenyataan dan gambaran yang diberikan itu bukan saja tidak benar tetapi bertentangan dengan hakikat sejarah yang sebenarnya. Sejarah telah membuktikan betapa dunia Islam telah melahirkan berbagai golongan sarjana dan ilmuwan yang cukup hebat dalam bidang falsafah, sains, politik, kesusastraan, kemasyarakatan, agama, dan sebagainya.
Salah satu ciri yang dapat diperhatikan pada para tokoh ilmuwan Islam ialah mereka tidak sekadar dapat menguasai ilmu tersebut pada usia yang muda, malah dalam waktu yang singkat  mereka dapat menguasai beberapa bidang ilmu secara serentak. Walaupun tokoh-tokoh itu lebih dikenali dalam bidang sains tetapi mereka juga memiliki kemahiran yang tinggi dalam bidang agama, falsafah, dan lain sebagainya. Salah seorang dari mereka ialah Ibnu Haitham atau nama sebenarnya Abu All Muhammad Al-Hassan ibnu Al-Haitham. Dalam kalangan cerdik pandai di Barat, beliau dikenali dengan nama Alhazen. Ibnu Haitham dilahirkan di Basrah pada tahun 354 H/965 M.
Beliau mengawali pendidikannya di Basrah sebelum dilantik menjadi pegawai pemerintah di bandar kelahirannya. Setelah beberapa lama berkhidmat dengan pihak pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad. Di perantauan beliau telah melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian pada penulisan. Kecintaannya kepada ilmu telah membawanya berhijrah ke Mesir.
Beliau mengambil kesempatan ketika berada di Mesir untuk melakukan beberapa kerja penyelidikan mengenai aliran dan saluran Sungai Nil serta menyalin buku-buku mengenai matematika dan ilmu falak. Hal itu menjadikan  beliau seorang yang amat mahir dalam bidang sains, ilmu falak, matematika, geometri, dan falsafah.
Tulisannya mengenai mata, telah menjadi salah satu rujukan yang penting dalam bidang pengajian sains di Barat. Bahkan kajiannya mengenai mata telah menjadi rujukan kepada pengajian modern mengenai mata.
Ibnu Haitham merupakan ilmuwan yang gemar melakukan penyelidikan. Penyelidikannya mengenai cahaya telah memberikan ilham kepada ilmuwan Barat seperti Boger, Bacon, dan Kepler untuk menciptakan  mikroskop serta teleskop.
 Beliau merupakan orang pertama yang menulis dan menemukan berbagai  data penting mengenai cahaya. Beberapa buah buku mengenai cahaya yang ditulisnya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggris, antaranya ialah Light dan On Twilight Phenomena. Kajiannya banyak membahas mengenai senja dan lingkaran cahaya di sekitar bulan dan matahari serta bayang-bayang dan gerhana.
Menurut Ibnu Haitham, cahaya fajar bermula apabila matahari berada di garis sembilan belas derajat di ufuk timur. Warna merah pada senja pula akan hilang apabila matahari berada di garis sembilan belas derajat ufuk Barat. Dalam kajiannya, beliau juga telah berhasil menemukan dan menjelaskan kedudukan cahaya seperti bias cahaya dan pembalikan cahaya.
Ibnu Haitham juga turut melakukan percobaan terhadap kaca yang dibakar dan dari situ menghasilkan teori lensa pembesar. Teori itu telah digunakan oleh para ilmuwan Itali untuk menghasilkan kaca pembesar yang pertama di dunia.
Yang lebih menakjubkan ialah Ibnu Haitham telah menemukan prinsip isi padu udara sebelum seorang ilmuwan yang bernama Trricella mengetahui perkara itu 500 tahun kemudian. Ibnu Haitham juga telah menemukan perwujudan tarikan gravitasi sebelum Issaac Newton mengetahuinya.
Selain itu, teori Ibnu Haitham mengenai jiwa manusia sebagai satu rentetan perasaan yang bersambung-sambung secara teratur telah memberikan ilham kepada ilmuwan Barat untuk menghasilkan wayang gambar. Teori beliau telah membawa kepada penemuan filem yang kemudian disambung-sambung dan dimainkan kepada para penonton sebagaimana yang dapat kita tonton pada masa kini.
Selain sains, Ibnu Haitham juga banyak menulis mengenai falsafah, logika, metafisika, dan persoalan yang berkaitan dengan keagamaan. Beliau turut menulis ulasan dan ringkasan terhadap karya-karya sarjana terdahulu.
Bagi Ibnu Haitham, falsafah tidak boleh dipisahkan dari matematika, sains, dan ketuhanan. Ketiga-tiga bidang dan cabang ilmu ini harus dikuasai dan untuk menguasainya seseorang perlu menggunakan waktu mudanya dengan sepenuhnya. Apabila umur semakin meningkat, kekuatan fisik dan mental akan turut mengalami kemerosotan.
Karya-karya Ibnu Haitham:
1. Al'Jami' fi Usul al'Hisab tentang teori-teori ilmu metametika dan analisaannya
2. Kitab Al-Tahlil wa al'Tarkib mengenai ilmu geometri
3. Kitab Tahlil Al-masa’il Al-Adadiyah tentang algebra;
4. Maqalah fi Istikhraj Simat Al-Qiblah yang mengupas tentang arah kiblat
5. Risalah fi Sina'at Al-Syi'r mengenai teknik penulisan puisi.
Sumbangan Ibnu Haitham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak. Kerana itulah Ibnu Haitham terkenal sebagai seorang yang miskin dari segi material tetapi kaya dengan ilmu pengetahuan.
Beberapa pandangan dan pendapatnya masih relevan hingga sekarang. Walau bagaimanapun sebahagian karyanya lagi telah dicuri dan diceduk oleh ilmuwan Barat tanpa memberikan penghargaan yang sewajarnya kepada beliau. Semestinya ilmuwan Barat patut berterima kasih kepada Ibnu Haitham dan para sarjana Islam karena tanpa mereka mungkinan dunia Eropa masih diselubungi dengan kegelapan.
Kajian Ibnu Haitham telah menyediakan landasan kepada perkembangan ilmu sains dan pada masa yang sama tulisannya mengenai falsafah telah membuktikan keaslian pemikiran sarjana Islam dalam bidang ilmu tersebut yang tidak lagi dibelenggu oleh pemikiran falsafah Yunani.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar