Senin, 14 Januari 2013

Al-Razi




Al-Razi merupakan seorang tokoh falsafah Islam yang banyak menimbulkan kontroversi dalam bidang ilmu falsafah. Sikap dan pemikirannya dikatakan cenderung kepada pemikiran dan teori ahli falsafah Yunani kuno seperti Plato. Oleh sebab itu, banyak kalangan ahli falsafah muslim yang mengecamnya, mereka tidak setuju dengan sebagian pendapatnya yang proplatonisme.
Walau bagaimanapun, Al-Razi tetap diletakkan sebagai ahli falsafah muslim yang terkemuka hingga sekarang. Sumbangannya yang besar dalam bidang kesehatan dan kimia sangat berharga kepada generasi sesudahnya. Manakala dalam bidang falsafah, Al-Razi memberi sumbangan besar dalam menguraikan falsafah,  logika, metafisika, moral, dan kenabian dengan cara rasional dan harmoni. Oleh sebab itulah Al-Razi terkenal sebagai seorang ahli falsafah yang rasional dan murni.
Al-Razi atau nama lengkapnya Abu Bakar Muhammad bin Zakaria Al-Razi, lahir pada tahun 236H/850M. Sebagian pendapat mengatakan, beliau lahir pada 1 Sya'ban 251H bersamaan 865M. Beliau anak kelahiran bumi Iran yaitu di Ray dekat Tehran merupakan seorang tokoh falsafah yang masyhur pada tahun ke-3H.
Beliau pada masa mudanya menjadi pemain gambus sambil menyanyi, kemudian dia meninggalkan pekerjaan itu dan mempelajari bidang kedokteran dan falsafah. Beliau belajar ilmu kedokteran dengan Ali ibnu Rabban Al-Thabari 192 - 240H/808-855M dan belajar ilmu falsafah dengan Al-Balkhi. Dalam waktu yang sama beliau juga belajar matematika, astronomi, sastra, dan kimia.
Pada waktu Mansur ibnu Ishaq ibnu Ahmad ibnu Asad menjadi Gabenur Ray, Al-Razi diberi kepercayaan memimpin rumah sakit selama enam tahun (290-296H/ 902 - 908M). Pada masa ini juga Al-Razi menulis buku Al-Thibb Al-Mansuri yang dipersembahkan kepada Mansur ibnu Ishaq ibnu Ahmad. Kemudian Al-Razi berpindah ke Baghdad atas permintaan Khalifah Al-Muktafi 289-295H/901-908M, yang berkuasa pada waktu itu.
Beliau dikenal sebagai seorang yang pemurah, sayang kepada pasien-pasiennya, dan dermawan kepada orang-orang. Al-Razi terkenal sebagai seorang dokter yang paling agung dalam kalangan dokter Muslim dan juga seorang penulis yang produktif.
Kemasyhuran Al-Razi sebagai dokter bukan saja di dunia timur, tetapi juga di Barat, sehingga beliau telah digelar The Arabic Galen. Setelah Khalifah Al-Muktafi wafat, Al-Razi kembali ke Ray, dan meninggal dunia pada 5 Sya’ban 313H/Oktober 925M.
Para sarjana berpendapat bahwa Al-Razi mengalami sakit mata dan kemudian buta pada penghujung hidupnya. Al-Razi menderita penyakit mata akibat ketekunannya menulis dan membaca yang terlalu banyak.
Dalam dunia keilmuwan, tradisi pro dan kontra tidak pernah luput sejak zaman dahulu bahkan hingga sekarang. Begitu juga pada zaman Al-Razi, beliau tidak terlepas dari tentangan oleh para ilmuwan yang sezaman dengannya.
Penentang al-Razi yang dapat dikenal pasti oleh para sarjana dan ilmuwan Islam ialah Abu Qasim Al-Balkhi. Beliau banyak menulis penolakan terhadap buku-buku Al-Razi, terutama buku Ilm Al-Ilahi. Begitu juga dengan Syuhaid ibnu Al-Husain Al-Balkhi, beliau mempunyai banyak perbedaan dengan Al-Razi.
Al-Razi merupakan tokoh yang produktif dalam lapangan penulisan. Hal ini terbukti dengan banyak hasil karya beliau ditemui termasuk yang telah hilang. Tidak kurang daripada 200 buah karangan termasuk buku, makalah, dan surat-surat telah dihasilkan oleh Al-Razi yang dicatat para pengaji. Karya-karya beliau banyak membahas persoalan falsafah, kedokteran, sains, Alquran, ilmu kalam, bahasa Arab, fiqi, geometri, dan sejarah.
Kemasyhuran Al-Razi bukan saja menjadi kebanggaan dunia Islam malah ketokohan dan kepakaran beliau turut diakui oleh dunia Barat. Hal ini terbukti dengan banyak karya-karya beliau telah menjadi rujukan dan panduan dunia Barat terutamanya dalam bidang kedokteran. Hingga kini karya-karya Al-Razi masih digunakan.
Kitab Al-Hawi (Liber Contines) merupakan sebuah ensiklopedia tentang kedokteran yang dihasilkan olehnya menjadi rujukan dunia Eropa. Minat yang mendalam dunia Eropa kepada karya agung yang seberat 10kg ini terbukti dengan penerbitannya beberapa kali sejak abad ke-12M sampai   abad ke-17M.
Penemuan Al-Razi tentang  sakit campak dan campak biasa turut menjadi bahan rujukan di dunia Barat bahkan turut diulangi penerbitannya beberapa kali hingga abad ke-18M. Kedua karya ini juga merupakan sumber kurikulum tradisional di kalangan para ahli kesehatan Islam.
Kitab Al-Mansur (Liber medicinalis ad al Mansorem) juga karya agung Al-Razi dalam dunia kedokteran. Al-Razi telah menghasilkan buku ini ketika beliau di Khurasan di bawah pemerintahan Gabenur Al-Mansur Ibnu Ishaq. Dalam buku ini terkandung 10 penemuan. Buku ini dianggap satu karya beliau yang tulen dan mencerminkan kematangan dan kepakaran beliau dalam dunia kedokteran  modern.Dalam buku ini juga beliau menekankan betapa pentingnya cara pemeriksaan yang teliti sebelum membuat sesuatu simpulan tentang sesuatu penyakit. Satu falsafah yang terpenting dalam karya Al-Razi ini ialah kebenaran dalam ilmu kedokteran merupakan suatu yang sangat susah  diperoleh meskipun banyak tersedia rujukan namun tetap dinilai kurang apabila seorang dokter senantiasa tidak menggunakan pemikiran dan logikanya.
Al-Razi menentang keras penipuan dalam dunia kedokteran. Baginya penyakit jasmani tidak boleh dipisahkan dengan penyakit rohani.
Al-Razi turut memberi sumbangan yang besar dalam bidang kimia dengan terhasilnya Kitab Al-Asrar (The Book of Secrets). Buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan merupakan sumber utama maklumat bahan kimia hingga abad ke-14M. Antara lain keberhasilan Al-Razi dalam dunia kedokteran ialah penemuan cara menyembuhkan penyakit cacar dan pengasingan alkohol dalam penghasilan antiseptik.
Sumbangan Al-Razi dalam bidang falsafah tidak kurang hebatnya, dengan terhasilnya banyak karya tentang falsafah sudah cukup untuk membuktikan minat yang mendalam Al-Razi dalam bidang falsafah. Karya beliau dalam bidang falsafah yang berjudul Al'Thib Al-Ruhani merupakan karya teragung beliau dalam bidang falsafah. Karya ini berkisar tentang cara pengobatan penyakit jiwa dan pengobatan fisik yang menyembuhkan badan.
Brockelman seorang pengkaji biografi orientalis pula membahagi penulisan tokoh ini kepada 13 bidang dengan hanya mendapat 38 buah karya saja.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar