Senin, 14 Januari 2013

Ibnu Tufail




Dunia Islam telah melahirkan banyak ahli falsafah yang hebat. Namun begitu, falsafah Islam tetap dianggap sebagai satu kelompok yang hilang dalam sejarah pemikiran manusia. Maka tidak heran, sejarah lebih mengenali tokoh-tokoh falsafah Yunani dan Barat jika dibandingkan dengan ahli falsafah Islam.
Walaupun beberapa tokoh falsafah Islam seperti Al-Kindi, Al-Farabi, dan Ibnu Sina setingkat dengan ahli falsafah Barat, tetapi mereka tidak mendapat tempat yang sewajarnya jika dibandingkan dengan ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristoteles. Kajian-kajian mengenai tokoh seperti mereka masih belum memadai dan belum memuaskan.
Walaupun para sarjana, ilmuwan, dan ahli falsafah Islam telah menghasilkan sejumlah karya-karya yang besar tetapi kebanyakan tulisan mereka belum diterjemahkan.
Tidak kurang juga yang musnah disebabkan oleh peperangan dan penaklukan yang dilakukan oleh penguasa asing. Malahan kajian yang dibuat terhadap pemikiran falsafah beberapa tokoh terkenal seperti Ibnu Rusyd tidak diberikan penilaian yang adil. Kajian dan terjemahan yang dibuat oleh S.Van den Berg terhadap kitab Lima Baida Al-Thaan, tulisan Ibnu Rusyd mengenai metafisika misalnya tidak mendapat sorotan yang meluas, padahal kajian tersebut dapat membantu kita memahami dan mendekati pemikiran ahli falsafah itu dengan lebih mendalam lagi.
Begitu juga dengan pemikiran falsafah Ibnu  Tufail tidak banyak diketahui oleh umat Islam sendiri. Ibnu Tufail yang lahir pada tahun 1106 M di Asya, Granada lebih dikenal sebagai ahli hukum, kedokteran, dan ahli politik yang handal. Semasa pemerintahan Al-Mu'min Ibnu Ali, Ibnu Tufail atau nama asalnya  Abu Bakar Muhammad Ibnu Abdul Malik Ibnu Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tufail Al-Qisi pernah dilantik sebagai pembantu gabenur Wilayah Sabtah dan Tonjah di Maghribi.
Beliau juga pernah menjadi dokter peribadi pada pemerintahan Al-Muwahidin, Abu Ya'kub Yusuf. Setelah itu, tempatnya digantikan oleh muridnya yaitu Ibnu Rusyd. Selama hidupnya, Ibnu Tufail pernah dilantik sebagai menteri dan merupakan ahli politik yang dihormati oleh pihak pemerintah.
Selain itu, beliau juga melibatkan dirinya dalam bidang pendidikan, pengadilan, dan penulisan. Walaupun Ibnu Tufail dikatakan telah menulis banyak buku tetapi hanya satu buah kitab saja yang diwariskan kepada generasi umat Islam sekarang. Kitab itu ialah Hay Ibnu Yaqzan  yang memuat pandangannya secara umum, dengan gaya bahasa yang menarik dan imiginasi yang indah. Buku ini dianggap sebagai warisan paling unik yang ditinggalkan oleh seorang ahli falsafah Islam.
Buku ini kemudian diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa dunia. Yang menarik dalam buku itu, Ibnu Tufail berusaha menerangkan bagaimana manusia mempunyai potensi untuk mengenal Allah. Katanya, semua ini dapat dilakukan dengan membuat penelitian terhadap alam sekitar dan sekelilingnya.
Menerusi buku itu, Ibnu Tufail mencoba merangkai satu sistem falsafah berdasarkan perkembangan pemikiran yang ada pada diri manusia. Beliau berusaha mengungkap persoalan serta hubungan antara manusia, akal, dan Tuhan. Untuk itu, beliau telah menggunakan pemikiran Hay Ibnu Yaqzan yang hidup di sebuah pulau di Khatulistiwa sebagai gambaran percampuran empat unsur penting dalam kehidupan yaitu panas, sejuk, kering, dan basah dengan tanah. Hidup di tempat terpencil dan dapat mempertahankan kelangsungan hidupnya dengan pimpinan akal dan bantuan panca indera. Langkah Ibnu Tufail menggunakan analogi pemikiran  tersebut dalam bukunya dianggap sebagai suatu hal yang luar biasa dalam penulisan karya yang berbentuk falsafah.
Pemikiran itu tidak pernah mengenali kedua orang tuanya. Tetapi alam telah memberinya seekor kijang yang memberinya makan. Setelah dewasa, dia mengarahkan pandangannya terhadap perkara yang ada di sekelilingnya. Di sini dia mulai membahas tentang kejadian dan rahasia kesehatan yang berlaku disekelilingnya. Hay bin Yaqzan selalu membahas dan menganalisa sesuatu perkara sehingga dia mampu mengetahui bahwa kebahagian dan kesengsaraan manusia itu tergantung kepada hubungannya dengan Allah. Dengan watak "Hay" itu, Ibnu Tufail berhasil membuat uraian yang menarik sekaligus membantu kita memahami pemikiran falsafahnya.
Buku itu juga mengandung pengamatan Ibnu Tufail mengenai ilmu metafisika, matematika, fisika, dan sebagainya. Ibnu Tufail melihat alam ini sebagai hal baru dan diciptakan oleh Tuhan yang MahaEsa dan berkuasa penuh. Dalam diri manusia pula terdapat roh yang menjadi sumber dan pedoman kehidupan mereka di muka bumi ini. Ibnu Tufail mendapati bahwa lapisan udara yang tinggi lebih sejuk dan tipis dari pada lapisan yang rendah.
Meskipun pandangan itu dianggap sebagai satu perkara yang biasa pada sekarang ini, tetapi pandangan ini sebenarnya telah menyediakan landasan kepada ahli sains untuk melakukan kajian terhadap panas dan segala fenomena yang berkaitan dengannya. Pemikiran falsafah Ibnu Tufail juga meliputi perkara yang berhubungan dengan masyarakat. Beliau berpendapat bahwa masyarakat terdiri dari sebagian besar individu-individu yang malas. Karena mereka mudah terpengaruh dan dengan nilai yang ada tanpa mau mempertimbangkannya.
Ibnu Tufail hidup hampir sezaman dengan Ibnu Bajjah. Oleh sebab itu beliau mudah menerima pandangan falsafah Ibnu Bajjah, Al-Farabi, dan beberapa ahli falsafah Islam yang lain dengan baik. Menurut beberapa ilmuwan, Ibnu Tufail banyak dipengaruhi oleh falsafah Ibnu Bajjah sebagaimana yang dapat diperhatikan pada pertengahan buku Hay bin Yaqzan yang banyak membawa saran yang terdapat dalam kitab Al-Mutawwahid. Dalam buku itu, Ibnu Bajjah telah melakukan pembelaan  terhadap  tulisan-tulisan al Farabi dan Ibnu Sina.
Namun   begitu, Ibnu Tufail tidak menerima saran itu bulat-bulat melainkan  dibahaskan secara kritis. Selain itu beliau seorang yang berpegang kepada logika  dalam mengungkap realita alam dan kehidupan manusia.
Akan tetapi, beliau tidak menyepi dan mengasingkan diri seperti yang dilakukan oleh segelintir ahli falsafah lain. Sebaliknya beliau giat dalam hAl-hal yang berkaitan dengan kemasyarakatan dan mengambil bagian secara aktif dalam urusan pemerintahan serta kenegaraan. Kegiatan ini dilakukannya samai beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada 1185 M.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar