Senin, 14 Januari 2013

Ibnu Qayyim Al-Jawziyyah

Ibnu Qayyim Al-Jawziyyah  bukanlah tokoh yang asing dalam kalangan orang Islam, tetapi banyak yang tidak tahu pemikiran dan sumbangannya dalam falsafah ekonomi Islam. Ibnu Qayyim banyak membahas konsep kekayaan dan kemiskinan, ekonomi dan zakat, riba Al-fadi dan riba Al-nasiiah, dan mekanisme pasaran.
Ibnu Qayyim atau nama lengkapnya Shams Al-Din Abu Abdullah Muhammad bin Abu Bakar bin Sa'ad, lahir pada 7 Safar 691H bersamaan 9 Januari 1292M di Damsyik. Beliau meninggal dunia pada tahun 751H/1350M ditempat yang sama. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan ilmu pengetahuan. Ayahnya merupakan guru pertama yang mengajar Ibnu Qayyim tentang ilmu-ilmu Islam.
Sebenarnya, beliau telah menuntut berbagai bidang pengajian dengan beberapa orang ulama terkenal pada waktu remajanya. Antara guru beliau ialah Qadi Sulaiman bin Hamzah (711H/1311M), Shaykh Abu Bakar (718H/1318M), Al-Majd Al-Tunisi (718 H), Abu Al-Fath Al-Ba'li (709H), Al- Saffi Al-Hindi (715H), Al-Taqi Al-Sulaiman, Abu Bakar bin Abdul Al-Da'im (718H), Abu Basr bin Al-Shirazi (723H), Isa Al-Mut'im (719H), Isma'il Maktum (716H), dan Ibnu Taimiyah
Antara bidang pengajian yang dipelajari dari mereka ialah tafsir Alquran, hadis, dan fiqih. Kesungguhan dan ketekunan Ibnu Qayyim mempelajari ilmu dari berbagai bidang, akhirnya menjadikan beliau terkenal sebagai seorang tokoh dalam bidang fiqih, tafsir, bahasa Arab, ilmu kalam, dan hadis. Malah menurut Ibnu Imad, Ibnu Qayyim merupakan seorang yang alim dalam bidang tasawuf.
Ibnu Qayyim sangat terkenal sebagai seorang tokoh ilmuwan pada zamannya dan dapat menguasai berbagai bidang ilmu. Beliau juga mempunyai kepribadian yang baik yang tidak ada  tandingannya oleh orang lain yang sezaman dengannya. Ibnu Kathir (774H/1373M), salah seorang muridnya pernah menyatakan bahawa Ibnu Qayyim kuat beribadah dan pribadinya disukai oleh semua orang pada waktu itu. Antara lain Ibnu Kathir menulis, "Aku tidak pernah melihat pada zaman kami ini, orang yang kuat beribadah seperti Ibnu Qayyim. Apabila sholat, sholatnya begitu lama. Beliau memanjang rukuknya dan juga sujudnya”.
Sebagai seorang ulama yang terkenal, Ibnu Qayyim telah didampingi oleh banyak orang yang berguru dan mempelajari berbagai bidang ilmu dengannya. Antara muridnya yang masyhur ialah Ibnu Kathir tokoh dalam ilmu hadis dan sejarah, Zayn Al-Din Ibn Rajab Al- Hambali (795H/1397M) seorang tokoh dalam Mazhab Hambali, dan Ibn Hajar Al-'Asqalani (852H/1449M) seorang tokoh hadis yang tidak asing lagi.
Menurut penyelidikan Dr. Iwadillah Jad Hijazi penulisan Ibnu Qayyim dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan berjumlah 66 buah buku. Penulisan itu ada yang berjilid-jilid, ada yang tebal dan ada yang kecil dan ringkas. Dalam bidang tafsir Ibnu Qayyim menulis Kitab Al-Tibyan fi Iqsam Alquran, Tafsir Al-Muuawwizatayn, dan Tafsir Surah Al-Fatihah yang terdapat di awal Kitab Madarij Al-Salikin.
Ibnu Qayyim dalam penulisannya juga telah menyentuh beberapa perkara yang menyangkut dengan falsafah ekonomi Islam yaitu konsep Manusia Islam (Homo Islamicus) dan Manusia Bukan Ekonomi (Non Homo Economicus).
Manusia digambarkan sebagai makhluk yang sifat dan tindakannya mementingkan diri sendiri dan menjadikan keuntungan sebagai hal penting dalam semua jenis aktivitias ekonomi. Jadi, setiap manusia bertanggung jawab terhadap perbuatannya dan Allah swt menjadi pedoman dan petunjuk ke arah jalan yang betul.
Jelas, beberapa aspek dalam falsafah ekonomi Islam yang diuraikan oleh Ibnu Qayyim tersebut merupakan antara prinsip dan teras ekonomi Islam yang membedakannya dengan falsafah ekonomi konvensional.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar