Senin, 14 Januari 2013

Al-Ghazali




Imam Al-Ghazali lebih dikenali sebagai ulama tasawuf dan akidah. Oleh sebab itu sumbangannya terhadap bidang falsafah dan ilmu pengetahuan lain tidak boleh dinafikan. Al-Ghazali merupakan seorang ahli sufi yang bergelar "hujjatui Islam”.
Abu Hamid Ibnu Muhammad Al-Tusi Al-Ghazali itulah tokoh yang dilahirkan pada tahun 450 H. Sejak kecil , beliau telah menunjukkan usaha yang luar biasa dengan menguasai berbagai cabang ilmu pengetahuan. Beliau bukan saja produktif dari segi menghasilkan buku dan karya tetapi merupakan seorang ahli pikir Islam yang terulung.
Cintanya terhadap ilmu pengetahuan begitu mendalam sehingga mendorongnya untuk  merantau dari tempat satu ke tempat yang lain untuk berguru dengan ulama-ulama yang hidup pada zamannya. Sewaktu berada di Baghdad, Al-Ghazali telah dilantik sebagai guru besar Universitas Baghdad.
Walaupun telah bergelar guru besar tetapi beliau masih merasakan kekurangan pada ilmu pengetahuan yang dimiliki. Oleh karena itu, beliau beralih ke bidang tasawuf dengan merantau ke Mekkah sambil berguru dengan ahli-ahli sufi yang terkenal disana.
Selain belajar dan mengkaji, Al-Ghazali juga banyak menulis. Beliau telah menulis 300 buah buku mencakupi berbagai bidang ilmu pengetahuan seperti matematika, akhlak, tafsir, ulumul Quran, falsafah, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sebahagian besar hasil tulisannya telah hangus dibakar oleh pemberontak Moghul yang menyerang kota Baghdad.
Antara kitab yang musnah termasuk: 40 Jilid Tafsir, Sirrul Alamain (Rahasia Dua Dunia), dan al Madhnuuna bihi ala Qhairiha (Ilmu Yang Harus Disembunyikan Dari Orang-orang Yang Bukan Ahlinya,). Cuma 84 buah buku tulisan beliau yang bisa diselamatkan seperti Al Munqiz Mim Al-Dhalal (Penyelamat Kesesatan), Tahafut al Falsafah (Penghancuran Falsafah), Mizanul Amal (Timbangan Amal), Ihya Ulumuddin (Penghidupan Pengetahuan), Mahkun Nazar (Mengenai Ilmu Logika), Miyarul Ilmu, dan Maqsadil Falsafah (Tujuan Falsafah).
Meskipun Al-Ghazali banyak menulis mengenai falsafah tetapi beliau tidak dianggap sebagai seorang ahli falsafah. Malah kebanyakan penulis menggolongkan Al-Ghazali sebagai seorang yang memerangi dan bersikap antifalsafah. Pandangan ini berdasarkan tulisan Al-Ghazali dalam buku Tahafut Falsafah yang banyak mengkritik dan mengecam falsafah. Bahkan dalam buku tersebut, Al-Ghazali menyatakan tujuan menyusun buku itu adalah untuk menghancurkan falsafah dan menggugat keyakinan orang terhadap falsafah. Namun begitu, pandangan bahwa Al-Ghazali seorang yang antifalsafah tidak disetujui oleh beberapa orang sarjana.
Walaupun tidak ada seorang pun yang boleh menafikan kecaman Al-Ghazali terhadap falsafah seperti yang ditulis dalam buku Tahafut Falsafah itu tetapi perlu diingat bahwa sikap ragu dan kritikannya terhadap falsafah merupakan sebagian proses ilmu falsafah itu sendiri. Hal ini karena tugas ahli falsafah bukan semata-mata untuk mencari kebenaran dan penyelesaian terhadap sesuatu masalah tetapi juga membantah penyelesaian yang dikemukakan terhadap permasalahan tersebut.
Kalau menyelusuri perjalanan hidup Al-Ghazali maka akan didapati bahwa beliau merupakan ilmuwan Islam pertama yang mendalami falsafah dan kemudian mengambil sikap mengkritiknya. Walaupun Al-Ghazali kurang senang dengan falsafah dan ahli falasafah tetapi dalam buku Maqasid al Falasifah, beliau telah mengemukakan kaedah falsafah untuk menguraikan persoalan yang berkaitan dengan logika.
Menurut Al-Ghazali, falsafah boleh dibagi dalam enam ilmu pengetahuan yaitu matematika, logika, fisika, metafisika, politik, dan etika. Bidang-bidang ini kadang-kadang selaras dengan agama dan kadang-kadang pula sangat berlawanan dengan agama.
Namun , agama Islam tidak menghalang umatnya dari mempelajari ilmu pengetahuan tersebut sekiranya mendatangkan kebaikan serta tidak menimbulkan kemudaratannya. Contohnya agama tidak melarang ilmu matematika karena ilmu itu merupakan hasil pembuktian pikiran yang tidak boleh dinafikan selepas ia dipahami.
Tapi bagi Al-Ghazali, ilmu tersebut boleh menimbulkan beberapa persoalan yang berat. Antaranya ialah ilmu matematika terlalu mementingkan logika sehingga akan menyebabkan timbulnya persoalan yang berkaitan dengan perkara yang tidak dapat diuraikan oleh akal pikiran. Menurut Al-Ghazali tidak salah berpegang kepada logika tetapi yang menjadi masalahnya ialah golongan falsafah yang terlalu berpegang kepada logika, hendaklah membuktikan fakta termasuk perkara yang berhubung dengan metafisika.
Oleh sebab itulah beliau menentang golongan ahli falsafah Islam yang mencoba mengungkap kejadian alam yang menggunakan pemikiran dari ahli falsafah Yunani. Beberapa orang ahli falsafah Islam seperti Ibnu Sina dan Al-Farabi jelas terpengaruh dengan pemikiran falsafah Aristoteles. Maka tidak heran ada diantara pandangan ahli falsafah itu bertentangan dengan ajaran Islam yang akan menyebabkan kesesatan dan syirik.
Terdapat tiga pemikiran falsafah metafisika yang menurut Al-Ghazali sangat bertentangan dengan Islam yaitu qadimnya alam ini, tidak mengetahui Tuhan terhadap perkara dan peristiwa yang kecil, dan pengingkaran terhadap kebangkitan manusia.
Al-Ghazali tidak menolak penggunaan akal dalam pembicaraan falsafah dan penghasilan ilmu pengetahuan yang lain. Sebaliknya beliau berpendapat bahwa ilmu kalam dan penyelidikan menggunakan pikiran akan menambahkan keyakinan pada hati orang bukan Islam terhadap kebenaran ajaran Islam. Jadi, perkembangan sesuatu ilmu pengetahuan bukan saja bersandarkan kepuasan akal pikiran tetapi juga perlu mempertimbangkan aspek perasaan dan hati nurani. Al-Ghazali menganjurkan supaya umat Islam mencari kebenaran dengan menjadikan Alquran sebagai sumber yang utama bukannya melalui proses pemikiran dan akal semata. Jadi, apa yang dilakukan oleh Al-Ghazali ialah memaparkan kesalahan dan kepalsuan bidang pengetahuan yang bertentangan  dengan agama serta bertentangan dengan pendirian umat Islam. Sekaligus menunjukkan bahwa Al-Ghazali sebenarnya merupakan seorang ahli falsafah Islam yang mencari kebenaran dengan berdasarkan Alquran dan hadis tidak sebagaimana pemikiran serta permainan logika yang lazim digunakan ahli falsafah Yunani. Perkara yang ditentang oleh Al-Ghazali bukan ahli falsafah dan pemikiran yang dibawakan oleh mereka tetapi kesalahan dan kesesatan yang dilakukan oleh golongan tersebut. Menurut Al-Ghazali ilmu falsafah harus berdasarkan Alquran.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar